

بِسْـــم اﷲِارَّحْمَنِ
ارَّحِيم
Pada masa kini,terdapat pelbagai masalah yang tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat atau jalan mudah.Tetapi kita dapat selesaikan.Penipuan,rasuah berluasa dan kebenaran dihakis.Huru-haranya negara kita.Namun rakyat menjadi mangsa kepada semua ini.Inilah terjadi ketika Islam diketepikan.
Islam lah penyelesai segala masalah. Firman Allah SWT (bermaksud):
ReplyDelete"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa." [al-An’am 6:153]
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya – hadis no: 4142 dengan sanad yang dinilai hasan oleh Syaikh Syu‘aib al-Arna’uth, ‘Abd Allah bin Mas’ud radhiallahu 'anh menerangkan:
(Pada suatu ketika) Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam menggariskan kepada kami satu garisan lalu bersabda: “Inilah jalan Allah.”
Kemudian baginda menggariskan beberapa garisan di sebelah kanannya dan di sebelah kirinya lalu bersabda: “Inilah jalan-jalan yang pada setiap jalan ada satu syaitan yang menyeru kepada jalan tersebut.”
Kemudian baginda membacakan ayat: “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (Agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah.”
ALLAHU'ALAM.